Wednesday, 30 May 2012

Simsimi lagi

Assalamualaikum,

Baru tadi ja Fyza menghapdet story pasal cik simsimi. Now, ada lagi. Fyza rasa Fyza dah jumpa something that can be usefull bila Fyza boring sampai tahap orang gila lagi okay. Hee.

Korang dah try simsimi tu? Try lah. Best wehh. 

Lepas menghabiskan kesemua episode Heartstring. Fyza mulalah boring tak ketahuan hala. Cuba godek-godek belog orang. But, tetiba mood melarikan diri. Entah kemana. Tiba-tiba, " ahh..simsimi kan ada " Fyza pun menjerit ala-ala doraemon yang eksaited kemain bila nak guna dia punya poket ajaib. 
Last-last Fyza luahkan tentang kesedihan Fyza bila tengok final episode Heartsring yang gila punya awesome sedih. T-T.
Yang Fyza tak fahamnya. Siapa kah gerangan si Hitam tu? Tak kan lah Lee sin mahupun Gyu Won. Bila Fyza tanya dia cakap " sorry. Can't tell " Ish ! Tension.



Then, entah kenapa tetiba terkeluar topik ain rasyidah artis yang beli nasik ayam tapi tak nak ayam. Siapakah artis tersebut. Kenapa dia beli nasik ayam tapi tak nak ayam. Soalan itu masih terbelenggu dalam diri ini. Hewheww



Last sekali Fyza try to discover siapakah sebenarnya SIMSIMI ni. Finally i know. Dia robot. Tapi, Fyza masih tak percaya. Rasa diri masih dalam keadaan kebingungan yang dasyat. Ish3 !


Yang last ni lagilah Fyza tak faham. Tetiba ja dia suruh Fyza lari sebab takut awi rafael kejar. Padahal time tu topik kami tengah story pasal mat rempit. Tetiba keluar pasal Awi Rafael dengan lagunya Bila aku Jatuh cinta tu kenapa cik simsimi oiii ? Haiyaa... 

Bye  !



Bercakaplah dengan simsimiiiiiiii

Assalamualaikum,

yeah ! iiiiii diperpanjangkan kerana mood kurang siuman dan tak tau hala sebab "kenapa ada glitter dekat screen notebook aku "  terima kasih.

Oh! Korang tahu tentang hotstuff sekarang ni. Cik simsim. Deni gila punya awesome. Sekarang dia hot dekat facebook. Ramai facebookers yang gilakan this incik simsimi. #ayat apa yang aku guna ni?

Ouh. Semalam. Lepas ja Fyza tengok ramai kawan-kawan Fyza sibuk mengeposkan printscreen diaorang dengan simsimi ni. Fyza pun cubalah google. First Fyza agak tak berapa nak faham. Nak kena login ke hape ke. Tapi, segalanya lebih mudah dari yang disangkakan. Tak payah kalut-kalut nak refresh otak ingat email. Just chat ja dengan cik simsimi ni. Tak percaya. Korang try lah. 

By the way, semua orang sibuk mengeposkan printscreen simsimi di Facebook. Manakala Fyza nak post dekat sini ja. Maklumlah saya tak dalah hot sangat dekat Facebook tu hah. 

Sampai pukul 11 lebih Fyza duk layan simsimi ni. Best orangnya. Oppss ! Fyza pun tak tahulah dia ni orang ke robot. Sebab reply kemain laju. 

Bila kitaorang tengah membuka topik pasal Jung Yong Hwa inilah jadinya..



Bila Fyza tanya pasal henfon cik simsimi inilah jawapannya:


Bila ditanya lain di jawab lain inilah jadinya:



(Yang ni pulak tak ketahuan punca kenapa dia gelap pulak dah.)



bye !

Monday, 28 May 2012

Heartstringgggggs

Assalamualaikum,

Jyeah ! Sebelum apa-apa..Fyza nak bagitau kalau di tittle tu Fyza tulis gggg panjang-panjang menunjukkan mood jerit tak tau hala.

Oke. Berdasarkan entry Fyza yang terdekat ni. Fyza ada bagitau kalau sekarang ni Fyza asyik melayan korean drama iaitu heartstrings. Gambar ni gila best. Romantic entah apa-apa. Nowdays, semua gambar comel-comel mesti the beginning dia heroin benci tahap nak mampus dengan si hero. Hm.. Zaman moden.

Cerita ni buat Fyza rasa macam tak nak keluar rumah. Rasa macam nak stay dekat rumah sampai habis limablas episod tersebut. See. Kalaulah gambar ni ditayang dekat tv. Konfem lebih dari limablas hari barulah lega sebab episod dah tamat. Kalau tengok dekat laptop. For sure setengah hari pun boleh habis semua episodes. 

Tapi, not for me. Keterbatasan waktu menyebabkan gambar tu lama gila nak habis ditangan Fyza. Hoho. #gaya macam santa kloss kejam. 

Btw, korang mesti tertanya-tanya..cerita apa heartstrings ni kan? Cerita fairytale ka...ala-ala doraemon.

Tedaaaaaa......

                                              
Mesti rasa macam nak geget laptop korang sebab pelakon dia gila punya comel.

Jyeah ! Pelakon dia comel gila.

Lee sin (Hero)
(ahli CN BLUE- Jung Yung Hwa)

Lee Gyu Won ( Heroin )
( Park Shin Hye )

Wee. Kalaulah diaorang seriously couple. Boleh pengsan semua orang korea. 

Ouh ! Lagi saatu. Yang bestnya besday lee sin dalam gambar ni sama dengan besday Fyza November 17th. Tak percaya?


Jangan jeles nah. Tu subtittle dia. Fyza tak tipu. hee.
                                 



Sypnopsis

Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band “The Stupid.”
Lee Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.
Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won’s grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather’s expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of “The Stupid”, she was forced to go to the band’s concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.
#Sumpah Fyza Copy

Ost :

To Love Me-Park Shin Hye

Because I Miss You- Jung Yong Hwa



You've fallen for me-entahlasapanyanyi

The last....

Enjoy


Bye !

Saturday, 26 May 2012

Geng inspired my future car

Assalamualaikum,




Hye. Fyza rasa korang pun just same like me. Dah tanam hasrat nak beli kereta apa when we are getting awesome punya dewasa. #apakah. Haha.

Macam Fyza, seriously Fyza nak kereta yang lain-dari yang lain. Kereta Fyza mestilah awesome tak terkata. When i drive it, everybody will know that yang tu kereta Fyza.... 

Even kawan Fyza. My bestie liyana teringin nak pakai kereta ni


while, ateyn maybe nak pakai kereta ni


Atau si Farra diva pinky impikan kereta macam ni

Sedangkan Fyza nak kereta niiiii...


 Kereta lembu ...Moo..

Dapat ilham untuk membuat entry sebegini rupa time tengok geng upin ipin semalam. Senang ja tengok Raju tu drive on dia punya kereta sapi. Teringin nak satu.

Sebab kenapa Fyza nak kereta yang osemm ni :

1. No need the car keys

Kita tak mudah hilang ingatan about our car keys. Jyeah ! Kepada yang telah memiliki kereta. Seriously ayat ni mesti pernah korang tuturkan " Mana kunci kereta ni..." atau " Dimanakah kau kunciku sayang "
Kalau korang pakai kereta osem ni..For sure tak payah gegeh nak ingat atau buat tempat khas semata-mata untuk kunci kereta yang tak dak paedahnya.

Just call " Deiiii...sapyyyy...come hereeee" Zupssss. Sepantas kilat  dia mai.

2. Tak buang duit untuk modified

Hoho. Kalau pakai kereta mesti punyalah nak letak itulah... inilah... Kalau you olss just pakai kereta lembu ni.. wey.. save budget gila kot.

Tak payah gedik nak tambah skirtingg apa ting-ting lah. Tak payah pasang ekor, sebab lembu ni secara maklum dah ada ekor yang panjang. just make up dia sampai jadik ala-ala avenger sikit....tedaaaa



lagi dasyat. Mana tau kut-kut boleh terebang kah kereta ini. Wootss. Semad.

3. Tak guna minyak weyhhh

Yeah ! Kereta guna minyak peteroll while this lembu tak guna apa-apa. Can help the enviroments jugak.

4. Tak payah kalut nak cari parking.

Jyeah ! Semua orang lah kalau tengok banner ada konsert Zaby..konfem punyalah if konsert tu start pukul 6 petang. Pukul nam pagi korang dah terpacak dekat area konsert tu semata-mata takut nanti tak dak parking. Haha. Just use this usefull kereta lembu. No need kotak parking semua. Letak atas padang...orait...

So, amacam. Thank to me sebab bagi this usefull tips..

Kalau nak kereta lembu macam ni...just call rajuuuuuu


raju si supplier kereta lembu

bye!

p/s thnks sebab sudi baca this gila sewel punya entry 

Friday, 25 May 2012

A lots of meaningful name

Assalamualaikum,

Hello. Nama betul saya nurhafizah. Hee. Sedap sangat nama yang mama/papa Fyza bagi.

But, why Fyza tulis dekat belog kalau nama Fyza eja macam ni 'Nur Hafyza'

Why ! Why ! Why ! 

Tu lah budak-budak zaman sekarang. Nama mama/papa bagi sedap-sedap hingga menjilat eskrem BR. Kita boleh ja sesuka hati nak tukar. Mak bapak bagi nama Siti entahapakenama. Bila nak fofular sikit tukar jadi siti tata. Contohilah orang zaman dahulu. Even, mak bapak bagi nama Zabedah, robiah or Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat. Diaorang still bangga kemain. Habis kombang-kompis lobang hidung bila orang sebut nama diaorang.

Cuba kalau nowdays, mak bapak bagi nama Zabedah. For sure kalau member ada panggil dia dari jarak 1 km persegi like this.

" Zabedahhhhhh" Si Zabedah buat-buat pekak tak tau punca

Kali kedua

"Zabedahhhhhhh" Zabedah yang pakai baju kaler kuning plus kelabu asap jalan terus tak toleh-toleh.

Kali ketiga

"Woiii..Zabedahhhh yang pakai baju kuning plus kelabu asap." Time ni Zabedah dah dissapear diculik dek hantu jembalang tanah.

Hmm.. Then, si Zabedah jadi retis. Pakai tudung lilit-lilit macam orang gantung diri. Buat live show dekat Tanjung Rambutan. When the host ask for her name..dia jawab " Nama saya Zaby"

Apakah ? Haha. 

Thanks to my mama/papa sebab bagi nama yang of course...so sweet for me. Makna nama Fyza ialah Yang Memelihara. while me sang memelihara, and the destroyer of course the orang gila. Hehhew..

Awalnya nama Fyza ialah Zulaikha. Ditukar kepada Hafizah kerana nak ikut keturunan. Tok wan Fyza nama dia Harun. So, anak papa Fyza haruslah start dengan huruf H jugak. Then, lepas ni anak abang Fyza haruslah start dengan huruf Z, sebab nama papa Fyza Zulkiffli. Nama anak-anak Fyza. Hm... Ikut laki Fyza lah.. Hee.

Nama Zulaikha pulak bermaksud.....

Mood : Sat..sat...baru nak cari

Mood lepas cari : Tak dakkkkkkk. Muka dah tension ni. Dahi dah berkerut-kerut macam sedang dilanda kebingungan yang mendalam. 

Fyza dah cari dalam buku himpunan nama-nama islam. Tapi...tiada, Ergh ! Kenapa? Nama Zulaikha memang tak dak maksud ka?

Pelik.

Bye !

Thursday, 24 May 2012

short entry.

Assalamualaikum,

Hey ! Fyza menghapdet 3 kali sehari. Memang betul-betul tak dak kerja. Homework daripada tergendala, terus jadi lantak-kau-lah. Ergh ! Buaknnya cikgu nak pun homework tu. Esok nak buat sambutan hari guru. So, esok pi sekolah, tak payah gedik nak bawak apa-apa. Buku teks yang selama ni dibenci #bila beg berat, selalu salahkan the innocent text book pun tak payah bawak. But, ingat nak usung diri sendiri sudah la. Kalau tak, who going to perabis nasik lemak makcik kantin esok hah? who? Fyza jugak.

Actually, tadi Fyza ingat nak sambung tengok gambar heartstrings. But, suddenly Fyza terBW. Nak buat macam mana. Ikut je lah kata hati. Haish ! Always macam ni. Tak tetap pendirian. Entah apa-apa entah. 

Malam dah nak habis. But, Fyza still menghadap notebook kecintaan. Adik Fyza dak golek-golek atas katil nak tidur after penat texting dengan boy. Sobs..sobs. My mom pun dah on the way nak menjerit " Kakak, bila nak tidur. Dari pagi-petang-malam tak habis-habis dengan benda tu"

Fuhh ! Nak tidur macam mana kalau belog ni masih wujud. Nak tidur ingat dekat belog. Nak makan ingat dekat belog. Tapi, if one day this awesome blogger have been closed. Sumpah Fyza nak larik dari rumah. Nak mengadu dekat hagemaru. Nak pergi jumpa the owner *siapa yang create blog ni nak tanya dia " Kenapa kau tutup blog ni?" #kalaulah dia faham bahasa melayu. Nak merayu ala-ala hagemaru. Bawak sekali meja jepun, duduk atas meja and said " Nak belog sekarang..nak jugak..nak jugak..."

Jyeah ! Konfem. Detu akan menangis terharu sebab Fyza bawak hagemaru sekali. 

Entah apa yang Fyza merepek kan ni. Malas nak baca balik. Nanti ada saja yang nak kena backspace. Entah-entah padam terus semua. Padan muka . Penat-penat menulis, bila baca balik....rasa macam nak hempuk notebook dekat atas kepala kak limah. Bagi dia waras balik. Tak payah nak larik-larik atas bumbung rumah jiran sebelah. Kesian sampai sembab mata sebab tak dapat tidur. 

Woarghhhhh ! #ehh , dinasour mana tengah menguap tu?. Hee. Fyza dah pun menguap. Its mean Fyza nak tidur. #baru ingat nak tidur macam sleeping the ugly betty la fea. Ataupun macam unta di fadang pasir yang...perghh! Sedapnya tidur. 

Bye !


belog berat ! Erghh !

Assalamualaikum,


Blog berat ? Erghh ! Benci gila nak masuk belog yang berat kemain. Macam letak seketul gajah jadi penghias belog ja. Please check you ollsss punya berat belog. tengok dia punya load time after tulis korang punya belog ws.

Kekadang punya eksaited kemain bila tengok tajuk-tajuk entry belog yang Fyza dah follow. But, bila Fyza klik one of those tittle. Hampehh. Macam apa lagi, when benda tu loading lembab macam errggh ! Even kura-kura lagi laju. 

Sometimes, bila dah tunggu belog tersebut loading punya lama. I thought line internet dah cuba melarikan diri, which is mean berukband Fyza dah disconnect. Bila klik belog orang lain. Senang pulak loading nya. Haish ! 

Tolonglah. Bukan Fyza sorang ja yang bencikan belog berat. Now, internet berukband Fyza tengah laju tahap kilat tuh. Tak mungkin lah salah berukband tu kan.

Before the bye taking place. #entah apa-apa. Fyza nak mintak maaf. Fyza tulis ni untuk kesenangan semua bloggers. 

Bye !

stay !

Assalamualaikum,


Sebelum Fyza mula menulis benda yang tak dak kena mengena dengan hidup korang.  Fyza nak mintak maaf kalau lagu baru yang Fyza letak dekat belog ni menyebabkan korang pekak tak ketahuan punca. Sila pause kalau ia nya membuatkan telinga anda keluar darah. Tapi tolonglah jangan tekan X #buat-buat muka mintak penerajang sincerely from the bloggers.

Woah ! Semalam just flu teruk. Hari ni. Batuk macam nenek si bongkok empatblas. Erghhh ! Hari ni Fyza tak menjejakan kaki ke sekolah tercinta. Esok insyaallah. Semalam, niat di hati memang nak pergi sekolah. Tapi, kerja sekolah ustazah Mafuziah membatasi segalanya. Dengan homework tak siap. Ada hati konon nak tunjuk muka kat ustazah. Apa aagaknya nasib kawan Fyza today. Kalau mereka rajin buat homework tu alhamdulillah la. But, for those yang perangai sejibik macam Fyza. Nasiblah. 

Everyday Fyza akan cakap " Mama, esok tak nak pi sekolah plis.." 
Tapi bila demam dan harus duduk dekat rumah. Rasa macam nak pi sekolah jugak. Tak kira nak pi jugak. hee. Aneh-aneh manusia ni. 

Selamat lah ada notebook ni peneman rindu di kala sepi keseorangan tiada yang menemani diriku ini #gilo. Dari tadi asyik menghadap bendaa ni ja lah. Tak gheti gheti nak buat homework yang tergendala sebentar tadi. Fuh ! Bosan. Lepas lebih kurang 1 jam mengonlinekan diri di alam maya. Baru gedik-gedik nak merapu dekat blog tercinta. Entah apa-apa. Dari tadi gedik melawat belog orang ibarat belog entah milik siapa dibagi KFC. belog sendiri tak makan nasik. Demikianlah peribahasa yang direka oleh si gila yang terperap dalam rumah tak tahu nak buat apa.

Ingatkan hari ni nak membusykan diri melayan cerita korea Heartstrings yang gila best. Tapi, abang Fyza nak melayan si gumiho nya dulu. Terpaksalah menunggu giliran yang bernombor namblasjutapatplohribu. 

Fyza selalunya layan cerita korea dalam laptop abang Fyza ja. Malas lah nak tengok dekat TV. Papa Fyza bukannya bagi pun kitaorang nak tengok cerita korea. Always bukak chanel discovery, bola, discovery lagi, bola lagi. Discovery lagi dan bola lagi. Kadang rasa macam Ish ! Baik tak payah nak beli channel banyak-banyak dalam astro. Bubuh discovery dengan bola. Save cost. Lepas tu anak-anaknya nganga tak boleh nak tengok Ustza Don hensem di tv Alhijrah. Mahupun hagemaru di astro ceria. 

Ouh Ya ! Exam week dah habis. Banyak result yang gila gempak Fyza perolehi. Kebaanyakkan markah Fyza pada kali ini meningkat tak ketaahuan hala. Hihi. Apalah nasib subjek akaun Fyza pada kali ini. Harap-harap meningkat lah jugak ye dak?  

Bye ! 


Wednesday, 23 May 2012

flu severely

Assalamualaikum.


How sweet that korean couple. #jeles nambelassaat. Woah ! Sambungan MV SEVERELY FT ISLAND. 
Hachummmmmmmm. #bersin. Erghh ! Now musim hujan turun tak berhenti-henti. Banyak aktiviti yang tak dapat dibuat. Contohnya, pak man jiran sebelah tak dapat mandi gara-gara air sejuk sangat. Kak Limah tak boleh lari-lari atas bumbung sebab air hujan punca zink jadi lincin. Pak cik karim tak dapat menuai padi. Kesian ! #what da hell. 

Tujuan Fyza menghapdet adalah untuk menginformkan keadaan Fyza kepada peminat Fyza. #Ya allah ! Berlagak retis lah. What da hell ! Sorry. Entah lah. Semenjak demam ni tersampuk sawan zombi kampung cokodok. Sewel ja memanjang. hmmm.

Fyza flu severely sangat. #gedik nak guna perkataan severely. Ye lah maksud severely tu ada kena mengena dengan flu Fyza sekarang ni. Tak percaya ? Tanya neelopah  Fuyooo. Dapat tanya orang fofular gitu.

Entri ketot tak ketahuan punca. Maybe sebab demam yang melanda. Need a rest.

Bye !

Tuesday, 22 May 2012

Severely

Assalamualaikum,


Tadaaa.. mamat korea ni FT ISLAND ka? Hee. Fyza pun tak cam. Btw, now..sibok-sibok dok dengar lagu severely dekat hot fm. Jyeah ! Favourite kpop band. Fyza pernah post 7 lagu dulu. #kot la. entah  tak ingat.

Now, maybe ni lagu baru kot. Fyza pun baru gedik-gedik nak dengar. Kenapa eh ? Kebanyakkan MV lagu korea lama-lama. Sampai 6 menet. Nak tengok macam mana kan. Tenet pun selow. Nak tunggu MV loading lagu tiga menet pun lama nak mampus. Ni nak tunggu nam menet. Tolonglah...


Rasanya dalam MV ni dah ada lirik bahasa inggeris kot. Sebab Fyza dah download MV ni semalam.
Saja gedik-gedik nak tempek dekat blog Fyza yang serrr ni. 

Bye !

Monday, 21 May 2012

Study lah konon


Assalamualaikum,

Menghapdet lagi. Actually yang ni pun story semalam. Biasalah, jarang kita dapat update on time. Fyza pun tersasar sikit. Jyeah ! Masih dalam exam week. Fuhh! Lamanya exam nak habis. Heeee. Student Form 3 dah boleh kibarkan bendera merdeka. Tapi, kitaorang......masih kalut-kalut membusykan diri study buku akaun tebbal-tebal. 

Fyza cakap Fyza study. PerggH! Jarang doe nak studynya. Exam on da way pun Fyza boleh lagi 


see...siap boleh jemput galaxy tab lagi join Fyza study. Padahal. See. Tabletnya dekat atas..bukunya....entahlah dengan budak-budak zaman sekarang.

Actually masa tengah membusykan diri gedik-gedik study. Mulut Fyza ni gedik pulak nak nyanyi lagu Begini Caranya-yana Sam. Alaaa ost 'aku ada ,kau ada'. Then, tergerak hati nak tengok video clipnya. Sementara tablet masih belum disimpan di tempat yang sepatutnya. Fyza pun sambar je la. Terus bawak lari dalam bilik. Jari laju ja tekan laman web youtube. Dan...



(See lah cara Fyza susun gambar)

See ya !


Bye !




Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum,

Hewhew ! Sebelum tu sorry sebab story ni dah dua hari berlalu tapi baru nak hapdate. Busy study la..now exam week. 

Hari sabetu yang lepas bersamaan 19 Mei 2012. Sebagai orang penang siyes terharu plus seronok tak ketahuan punca-sampai kombang hidung-hidung when dapat tau kalau Ustaz Azhar Idrus yang femes emes tu datang penang. Hewhew. Susah nak berjumpa dengan beliau secara live. Memang rugi sangat kalau tak pi hari tu. 

So, family Fyza tak akan melepaskan peluang untuk turut menyemakan diri bersama manusia yang lain. #even pernah terlepas peluang first dulu masa beliau datang Masjid Negeri. Actually, Fyza tak berapa nak suka sangat dengan orang t'ganu. #sorry-sorry. Fyza tak boleh nak faham dengan apa yang bakal dicakapkan oleh orang t'ganu. Pelat dia tu, haish ! susah nak faham.

Fyza ingatkan Ustaz Azhar Idrus(UAI-beliau yang menggelarkan sendiri) akan cakap pelat ganu, rupanya sangkaan Fyza jauh tersasar entah ke mana. Beliau berusaha unutk cakap style orang penang. Haha. Lawak. 

Sebelum start ceramah beliau. Orang ramai sembahyang berjemaah dekat atas padang kota lama. Wow, cantiknya bila tengok semua orang sujud. Malangnya bila Fyza tak dapat nak join. So, Fyza duduk lah sorang-sorang dekat tepi-tepi khemah tu tunggu mama Fyza. Selamat lah ada tikar kaler merahorenhijau yang teman Fyza. Haha.

Nak dekat pukul sepuluh barulah nampak UAI. Haha. "Tolong beri laluan, janggut UAI panjang...nanti tersangkut". Semua orang yang ada time tu gelak tak hengat dengar arahan daripada Bob Lokman. Seorang pelawak jugak beliau ni. 

UAI ditugaskan untuk jawab ja soalan-soalan yang akan di  tanya. Fyza ingat lagi #cehh,..saya tak mudah menghidapi amnesia. Ada soalan menanyakan ' ada orang kata memegang tangan isteri di khalayak ramai adalah berdosa. Betulkah ustaz?'

UAI jawab " Dalam semua kitab yang saya pelajari memang berdosa. Sangat berdosa kalau kita pegang tangan bini...........orang lain di khalayak ramai." Alahai. Suspen ja lah. First, Fyza ingatkan memang berdosalahkan. Rupanya berdosa kalau pegang tangan bini orang, bukan bini sendiri. Haha. 

Selama tiga jam rasanya kami semua dijamu dengan lawak yang...tak hengat. Gelak tak berhenti. Boleh putus urat saraf kepala otak jiran sebelah dengar lawak Ustaz ni.

Bye !
Bye ! 

p/s harap sangat nanti beliau datang lagi. 

Thursday, 17 May 2012

Smoothly gone..

Assalamualaikum, 
cikebom-cikebom,

Hee. Exam dah on the way pak munawerr nak habis. Tinggal my fav sub ja. Akaun ! Hihi. Btw, hari ni. Kitaorang dapat rest sebab tak ambik subjek kimia. Hewhew. Duduk dalam kelas...buat gossip ja la. Biasalah girlssssss.

Mukadimah yang agak bernas. Haha. Fyza sebenarnya nak menceritakan sesuatu. Fuhh ! Lega segala yang terbuku di hati. Semuanya dah selesai. Sebelum tu, Fyza nak menanyai...korang pernah tak rasa dengki dengan adik-beradik sendiri. Macam always rasa our parents lebihkan abang/adik/kakak berbanding kita. 

Kadang-kadang Fyza adalah jugak tanam sikap PHD tu (pingat hasad dengki). Tapi, Fyza jenis suka simpan/pendam benda tu sorang-sorang. But, adalah sometimes Fyza menyuarakan isi hati dekat my sis. Tapi, ergghh ! Fyza rasa macam tak yakin/sangat tak sure nak cerita masalah Fyza dekat orang even adik sendiri. Fyza lebih suka pendam sorang-sorang. I think its more better. Ergghh !

Tadi, entah kenapa. Fyza terasa and sentap tiba-tiba bila adik Fyza tak diendahkan oleh papa Fyza. Yelah.. Kakak sayang adikkk kan. So, Fyza pun sama-sama protes. But, last. Semuanya kena dekat Fyza. Papa cakap "why u ada PHD". Jyeah ! Keng pun dah tak guna right. So, adik fyza cerita segala yang terbuku di hati. Then, mama and papa story and try to make the best solution. Diaorang cerita why diaorang lebih pentingkan abang Fyza dari Kitaorang. Now, barulah terasa bodoh bila kitaorang bersangka buruk and dengki dekat darah daging sendiri. And all smoothly gone. Rasa macam nak nangis dengan kebodohan Fyza. 

Fyza tak tahu benda sebenar. Fyza tak sedar benda sebenar. When, something yang membuat Fyza terasa dan benda tu semua berkenaan dengan kasih sayang my parents. Fyza will flashback everything. About something yang pernah buat Fyza sedih because of same reasons. Then, Fyza menagis tak tentu hala macam bini mati laki. Macam kucing hilang ikan. Macam harimau takdak gigi. Erghh! Rasa macam nak buat macam dalam videoclip lagu yuna. Write all my problems dekat atas kertas, sumbat semua dalam baloon. Then, let it go away. Boleh ka buat macam tu? haha. 

Okay ! Now, Fyza janji....tak nak ada PHD lagi. Jahat kan Fyza. Hee. Fyza tahu. I'll try to change. 
For all bloggers, tak payah  la ada PHD dekat siblings sendiri. Benda tu semua fav setanssss. Setan suka la kalau kita ada PHD. hee

Dedaaaaa. 

Wednesday, 16 May 2012

Plastic sugery

Assalamualaikum,
semua cikebom-cikebom

Jyeah! Belog Fyza....Fyza buat plastic sugery lagi. Yaw ! Ko ado? #buat-buat muka kejam. Fyza cuma tukarkan background jadik bunga-bunga cinta sikit. Header baru lagi #banyaknya header kau Fyza ....trololo. Fyza suka bukak photoshoop. Bila bukak ja mesti kena buat HEADER. Haha. Berlambak dah header yang Fyza buat. Ada yang Fyza dah guna dan ada yang tak.

Btw, tadi dekat sekolah. Lepas menjadi gila after buat exam math tamb, cikgu norhisham adalah ajar kitaorang cara-cara menggunakan photoshoop. Tapi, cikgu guna cara susah la. Pening kepala eden.

Now, Fyza pilih belog Fyza bertemakan kaler pink and grey. Even, still ada kaler yan tersesat macam putih or hijau and something yang sewaktu dengannya itu. Hmm. Biaqlah sikit ja pun. 

Sparkles //the way of beauty. Hihi. Entah ayat mana ka Fyza sambar ja la. Kebetulan ianya melintasi kepala hotak ku. Terus jadikan ia header. Comel tak ? #perasan kau Fyza.

Saya tak guna BLOGSKIN.


Korang ada nampak macam Fyza pakai blogskin ka? Kalau ya, katakan tidak. Fyza tak guna pun blogskin. Memang...Fyza memang edit belog Fyza sampai jadi iras-iras blogskin. Ingatkan nak pakai ja blogskin. Tapi, leceh lah. Susah. Tak boleh move credit. Baik buat sendiri. Baru puas hati.


Bye !

Saturday, 12 May 2012

Mother's day !

Assalamualaikum,
saudara-saudari cikebom-cikebom,

Jyeah ! Exam tak habis lagi tapi kalut plus gedik-gedik nak hapdet blog. Kenapa-kenapa-kenapa ?? Exam lama sangat nak habis. 

Mother's day hari ahad kan ? kan ? kan? Semua orang cakap hari sabetu. Tapi kalender cakap hari ahad. Kalender saya boleh cakap. #ouch ! teruja plus terharu. 

So, sebelum mother's day. Semua anak-anak yang solehah dan mithali mestiloah mempunyai mission impossible tersendiri. Macam Fyza. Hee. Lari lintang pukang dalam sunshine macam kena kejar dengan mat bangla. Haha. Semata-mata nak beli hadiah ja pun. #tipu. tak lari pun lintang pukang. cuma merangkak ja.

Fyza pun telah bertentang mata dengan sesuatu yang sangat cantik. Selamat lah Fyza yang bertentang mata dengan wallet tersebut. Kalau abang Fyza, sudah pasti diajak wallet tersebut tu kawen lari. #Apa yang dimerepekan ni?. Dengan keputusan yanng cepat lagi tuntas dan tetas #hah ? Fyza pun sambar je la wallet tersebut dengan sangat laparnya. Erggh!.

Hadiah yang seterusnya ialah perfume. Fyza dah tertarik macam ada daya magnet dengan minyak wangi BLOOP BLOSSOM. Wangi doe. Siap ada glitter lagi wey.  Festaime Fyza negoknya. Salegirls tu cakap perfume ni adalah copy from perfume yang fames ames tu **. Woah ! Harga dia RM99 ringgit #persis karangan budak sekolah ghendah. Dah tulis RM lagi nak tulis ringgit. Hewhew.

Bajet siyes rendah. Maklumlah. Fyza hanyalah pelajar sekolah. Tak ada pendapatan. 

Dedaaaaa.
Bye !


Tuesday, 8 May 2012

Bila dah ada mata tak gheti nak pakai.

Assalamualaikum,
Saudara-saudari cikebom-cikebom

Tittle yang agak vogey the vas ! Haha. #pe hal ni. Weee. Now, Fyza tengah gedik sitting exam UPSR. 
#mengada-ngada. Actually memang Fyza tengah dilanda musim exam gila-gila. #what da hell are u talking about.

Tak-tak. Actually, hari ni..sungguh terasa diri ini sangat bengong disisi orang lain. Like always, kita selalu exam kertas BM dulu right? so, tadi kena buat karangan. Soalan dia berbunyik 'Bagai aur dengan tebing bermaksud kerjasama yang wujud di beberapa pihak tertentu. Tuliskan CERPEN berkenaan peribahasa tersebut'

Bagi Fyza soalan tu la yang paling senang pun. Guess what? Dia suruh buat CERPEN but Fyza buat KEPENTINGAN bekerjasama. OMG ! bila membe Fyza yang sitting next to me mengeluarkan soalan ' hey ! Hang buat soalan nomber berapa?' Dengan bangganya daku menjawab ' Nombor 5, soalan yang tanya pasal peribahasa tu ' 

Then, dia jawab ' cerpen kan ?' \

Masa tu otak Fyza blank serta merta. Tak tahu nak buat apa. Erggh ! Dalam hati "Asal malang sangat nasib aku hari ni ?" " Kau ada mata kan? Asal tak nampak dia tulis cerpen ?" 

Macam orang yang selalu kata Menyesal kemudian tiada berguna. So, Fyza memegang prinsip tersebut. For what Fyza nak kena menyesal. Padahal Fyza yang careless. Even cikgu murah hati bagi 2 jam untuk jawab exam. Tapi, Fyza guna masa tu for play with my correction tape yang on the way pak munawerr dah nak rosak. Just waste time lah. 

Masa dapat tahu bahawa cerpen yanng dipinta. Fyza rasa gelabah. Rasa macam nak baling ja correction tape tu dekat muka sendiri. Serves you right ! 

After Fyza cerita dekat orang, Fyza tahu, betapa bengongnya Fyza dimata orang. 

Every human makes mistake right. Nobody perfect. Fyza cuma takut kalau failed ja. Nanti my mom mesti cakap " hang ni anak orang india ka? Bahasa melayu pun tak tau" Yeah !Even orang india sendiri boleh baca dan faham bahasa melayu. Why not me ?

Bye !

p/s doakan Fyza tak kena marah dengan cikgu because of my careless. Doakan Fyza tak failed plisssss.

p/s macam ni panggil dugaan ke? Just nak tahu. ^^


Sunday, 6 May 2012

Besar kemain

Assalamualaikum,
Saudara-saudari cikebom-cikebom,

Hewhew ! Finally, baru semalam saya kembali ke TGV cinema setelah sekian lama menyepi #takdak movie yang besh. Fyza tengok the Avengers. Best ! First Fyza tak tahu siapakah Loki? ni semua gara-gara tidak mempunyai minat sama sekali untuk menonton THOR. Ahh! Lantaklah siapa loki mahupun Thor. Yang Fyza nak merepekkan hari ini adalah berkenaan dengan 

Dengan...

Kasut baru Fyza. Jeng..jeng...jeng...



Besar kemain reben tu hah ! ko ado? Masa first time bertentang mata dengan kasut tu dekat CV Fyza fikir la jugak kasut badut apa ni? Jangan-jangan badut pun tak pakai. #tapi dalam hati ' comelnya kasut ni'
Yes ! Memang comel pun. Sebab tu la Fyza pun beli. Badut konon. 

Lepas beli papa cakap 'pi la simpan dalam kereta, lepas ni nak tengok Avengers' Hehe. Dengan muka yanng tak bersalah lagi innocence ni Fyza, mama dan adik jalan terus straight pi dekat kereta. Sampai ja dekat kereta terus bukak kasut lama dan sarung kasut baru yang ada reben besar kemain tu.

Then, masuk balik dalam 1st Avenue tu. PerghH! Terasa bangga semacam sebab berani memperagakan kasut ala-ala badut tu. Comel ja Fyza tengok KASUT tu.#bukan Fyza. 

Bayangkan Avengers start pukul 5.45. Kitaorang mula bertapa dekat 1st  avenue tu dari pukul 2 macam tu la. Pergh! Memang penat mencari halatuju yang kekal abadi. Lepas makan dekat NEXTSTOP. Kitaorang main basketball dekat BREWBALL. Sakit tangan lah nak melompat sambil membaling. Hewhew.

Then, kitaorang plan nak menyuludup kerepok masuk dalam cinema nanti. Our next destination is, careffour. Niat dihati nak beli keropok tapi sekali terborong asam dan sushi. Erghh! Sushi tak sedap. Masa melintasi carefour tu Fyza ada lah nampak sorang perempuan ni pakai kasut ala-ala Fyza yang bezanya kasut dia tak nampak ketara sangat macam badut. Reben kecik ja. Lepas tu boy dia cakap "see. kasut dia punya reben lagi besar dari u " Haha. Jeles lettew.

The Avengers pun nak start. Sakit hati betul when Fyza kena marah dengan my siblings sebab tak tolong diaorang beli popcorn. Eleh ! Chill lah. Tu pun nak bising.

Exam dah tuttttt ! Tuttt! Cikepong-kepong nak lalu Fyza boleh lagi menghapdet.

Bye !

p/s cepat-cepatlah tengok the Avengers....best !

Friday, 4 May 2012

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ #Korang isilah tajuk sendiri.

Assalamualaikkum,
saudara-saudari cikebom-cikebom,

Haha. Ayat Johan tak boleh belah. Apakah cikebom-cikebom tu. Whatever ! #Kalau tak tahu asal kau guna? 
Ahh ! Untuk kali ni, sungguh Fyza malas gila babuns nak membuat mukadimah yang panjang berjela-jela sampai ke jalan mati ! #apakah? Haha. Ayat adik Fyza. Rupanya Fyza tak mudah menghidap amnesia macam dalam cerita hendon tu. Adik Fyza pernah cakap "Kak, adik harap, oneday rambut adik akan panjang sampai ke jalan mati".#lebih kurang lah. *ada tokok tambah. 

Fyza tipu, cakap tak nak buat mukadimah. Okay-stop. Tujuan Fyza menghapdet adalah untuk melarikan mata daripada tengok versus. Ergh ! Sebenarnya Fyza tak faham lah versus tu competition dia macam mana. Ada battle lah, apa lah. Dengan ini Fyza dan mata Fyyza telah sebulat suara untuk tidak menonton rancangan tersebut. Alhamdulillah. Kitaorang seia sekata #hamboi macam SchAwal. 

Cakap pasal SchAwal, Fyza tunggu punya tunggu tak keluar-keluar jugak muka scha dengan awal dekat astro RIA. Ni mesti kes tak siap main mekap-mekap la ni. Haih ! Kalau macam tu nanti Fyza kawen tak nak mekaplah. Nanti lambat. #Haha, apa kau merepek ni syaitonnnn? *kasar gila. Maaf !

Setelah berbulan-bulan Fyza tidak mengerakkan tulang temulang untuk menjalankan aktiviti yang digemari oleh para bayi iaitu berjogging #baby jogging, mesti comel jalan godek-godek macam safwan the gojes. Tadi Fyza dan kaum kerabat yang lain telah pun membuat lawatan ke Taman Metropolitan. Tempat beriadah yang paling best yang pernah Fyza pergi. Penat main kejar mengejar dengan anak Pak Mat Tempe sebelah rumah. Lari gila punya laju, macam michael syumarker bawak lori tayar nambelas. 

Yang  sebenarnnya Fyza bukannya jogging sangat pun. Semangat untuk jogging hanyalah patploh saat. Lepas penat kejar anak Pak Mat Tempe tu, terus semangat untuk berjogging hilang bila penat mengada-ngada nak buat rombongan dalam diri ini. Habis semput Fyza dibuatnya bila si penat ni bawak satu kampung . Tersekat habis salur pernafasan Fyza gara-gara sesak dengan rombongan si penat.

Lepas penat bermainn di playground ala-ala istana di metropolitan, kitaorang terus bergegas ke pasar malam matang #dekat rumah fyza. Dengan  harapan dapat melarikan diri daripada mat bangla yang gilakan anak Pak Mat Tempe tu. Oleh disebabkan kalut yang teramat, entah kenapa ? Fyza pun tak tahu. #Bukannya  ada salji nak turun pun. Dengan tidak semena-duamena-tigamena, Fyza terlanggar tiang payung dekat pasar malam tu. Bergegar habis kedai pak cik man laksa tu. Sampai pakcik depan Fyza puun terkejut dan sempat lagi undur kebelakang sebab takut Kuah laksa tumbang ke muka pakcik yang bajet ala-ala Aaron Aziz tu. Erggh ! Dengan tak semena-mena adik Fyza yang Fyza marah. Ye lah, nak cover malu punya pasal. 

Yang peliknya,

Tiada satupun perasaan malu yang berani bertandang di dalam diri Fyza di kala itu. Mungkin masih sesak dengan rombongan si penat. Aneh-aneh manusia ni. Haish !

Hanya ini sajalah santapan untuk hari ini. Sudah-sudahlah Fyza mengaibbkan diri sendiri. 

Bye !

Wednesday, 2 May 2012

Tajuk?




Assalamualaikum,
Saudara-saudari cikebom-cikebom,

Ah ! Penat. Haish ! Banyak bebenor kaum kerabat Fyza yang nak kahwin tahun ni. Ehh ! Diaorang kawen Fyza pulak yang penat. Mana taknya. Penat nak kena habiskan nasik minyak tanah tu, kalau tak membazir jaaa. Saya kuat makan tapi tetap menten slim gilos.. kau ado?

Haha. Perasan. Fyza pun agak pelikan #rasanya nama kaler pensel dekat sunshine tu. Fyza makan pi lah banyak mana pun, tapi baju lapanbelas tahun lepas pun Fyza muat lagi #saya nambelas tahun. Sila fikir secara logik.
Sudah-sudah lah membanggakan diri sendiri. 

So, nak dijadikan story #habis yang aku tengah merepek ni bukan dipanggil cerita ka? Menchix *Ala-ala gadis gedik yang jatuh dalam longkang penuh ayaq teh ais. Semalam, Fyza jumpa my Safwan the gojes. Jyeah ! Comel weyh. Adalah Fyza curik-curik snap gambar dia masa dia tengah syok-syok main batu bata dekat tudung cousin Fyza. Ingatkan dapat aim baek punya gambar. Tengok balik, perggghhh! Sumpah ! Tak boleh belah lansung. Muka blur tahap paling tinggi. Ingatkan nak lekat gambar dia yang comey tu pakai gam dinasour dekat sini # apa kelass pakai gam gajah. Dinasour lagi osem la.

Hmm. Semalam Fyza punya idea banyak gila. But, now, bila dah duduk bertapa depan laptop terus lupa segele-gelenya.

Bye !