Friday 6 April 2012

Time machine

Assalamualaikum 

Wah.. Gambar intro yang kebabom. Ahli snsd. Wuhhooo ! entah la siapa gerangan dia ni. Fyza cuma search dekat MR.GOOGLE time machine. Terus dia keluar gambar awekks ni. Tak pa la.

Okay ! Cerita yang sebenarnya ialah berkenaan dengan hari ini. Setiap hari jumaat dah memang terpateri dah dalam jadual untuk kelas Fyza iaitu pada masa ketiga kami akan menjalankan aktiviti pendidikan mutusami. Ehh--ehh ! Jasmani. Atau pun lebih dikenali sebagai sukan. Time ni lah baru dapat mengeluarkan peluh secara sihat. Even, everyday kita berpeluh yang bau masyam-masyam tu, tapi tu sebab keadaan cuaca yang tidak menentu.Bukan sebab sukan.

Selalunya budak perempuan kalau time sukan mesti gedik-gedik nak main netball lah, badminton lah. Haish. Fyza suka gila dengan classmate untuk tahun ini. Semua sporting tahap tak ingat dah. Orang tengok pi lah perangai kami yang agak sewel ni pun, apa kami kesah ? 

Ceritanya bermula begini, tahun ni Fyza dapat cikgu yang agak cerewet  sikit lah kan. Kalau time sukan tapi tak main apa-apa konfem minggu depan jangan haraplah boleh sentuh padang tu hah. Oleh itu, tadi Fyza dan kawan-kawan dengan sebulat suaranya dan bersatu tenaga bercadang nak main ibu ayam, anak ayam dan serigala. Korang pernah main tak ? Alaaa, mainan yang baju anak ayam koyak lepas tu terhilangkan jarum. Perghh! Dalam hati korang mesti sedang berbunyi macam ni kan "a'aa, pernah main, last main masa tadika rasanya ". Fuhh. Tadi Fyza dengan kawan-kawan yang lain main lah permainan yang tahap budak-budak tadika tu. Eh..eh..entah-entah budak tadika pun tak pernah main. Maklumlah, sekarang kan zaman IT, paling kurang pun main IPAD jeo.

Lepas penat berbohong pada serigala kalau jarum tu hilang #padahal jarum pun tadak. Kami bercadang main nenek-nenek si bongkok tiga. Fuyoo ! Amazing gila. Penat melarikan diri daripada nenek bongkok tu. Bukan apa. Terkejut ja sebab tak pernah tengok nenek yang muda. Hoho. Habis semua pelajar lelaki yang tak tau nak buat apa usya ja kami tengah main tu. Adalah sikit timbul perasaan segan campur malu. At first ja la. Bila dah seronok, malu pun pandai melarikan diri sendiri. Hilang entah ke mana lah perasaan malu tu. haish ! Lepas ni kena pi cari balik. Penat lah. 

Sampai sini ja kot story Fyza tentang sekolah dan kawan-kawan Fyza yang gojes gila tu. Next week Fyza nak suggest main polis sentri pulak #Betul kah saya mengeja polis sentri tu ?

Bye !


2 comments: