Friday 21 March 2014

The Happiness

Assalamualaikum,

Malam sebelum kejadian :

Texting dengan all le close friends...best friend call terus ah. haha. We allz gila nervous dekat wechat. haha. semua nya macam gelabah takut tunggu 20 Mac. Me as well. Main teka-teka pulak macam mana la aku esok ? Gempak ke idok ? Mama dengan abah bangga ke idok dengan aku ni ? haish. Memamg plan nk tido awal.. tapi... melayan kawan yang satu ni, tak boleh tido katenye. haha. Fyza kalut suruh dia tido. Then end up dia tido mati. tak reply dh text. Tapi Fyza. Sampai ke pagi tak tido. Pukul 630 macam tu baru boleh lena sikit. Tido sambil butterflies menari hip hop dengar lagu WARIHH dlm perut. Haha

Pagi sebelum kejadian :

Dup dap dup dap. Gila. Bangun ja.. Tengok TV terus. Time tu pulak mama buka RTM. perghhh. Dierang pulak tengah live dekat Convent. Hahaha. Terus kecut perut gila gila. Mama buat bekpes pun tak sentuh langsung. Terus mandi... siap siap. OTP dengan bestpreng.. 

Dekat sekolah : 

Tudiaaaa.. banyaknya budak sekolah. haha. eh ! Banyaknya orang. Semua dh macam orang asing. Tak kenal dah walaupun dulu pernah satu sekolah. Lain gila. Manusia kan cepat berubah. hehe. Before tu lepak dulu dengan kawan. Semua muka takut. Fyza pun. Tak henti berzikir, selawat dalam hati. Harap sangat result cantik. and yet. Fyza cuma fikir parents Fyza ja. Takut sangat dierang kecewa. Masa UPSR dengan PMR dulu target straight As bagai nak rak. tapi habuk pun takdak. And fyza tahu. Lepas ja result PMR dulu... parents fyza macam malas nak letak harapan tinggi menggunung dah dekat Fyza. :( Redha ja. 
Then tunggu la dengan kawan-kawan dekat belakang-belakang sikit. sebab semuanya takut nak masuk ambik result awal-awal. 

Tiba-tiba 

Semasa Kejadian :

Ada orang cari Fyza, Dia cakap Cikgu Juzana panggil. So Fyza pun macam 'hah?' Kenapa. First thought, Fyza ingat maybe la ada masalah pasal result Fyza. atau pun pasal fail-fail Fyza hah. macam tu la. Tapi sampai ja depan makmal....

" Eh... Fyza... mai cepat "
 Terus cikgu Zanna tarik tangan masuk makmal. Fyza pun macam apa benda ni. Dalam makmal tu semua cikgu. Fyza sorang ja candidate SPM  dalam tu. Sorang ! Pastu semua cikgu tengok Fyza. Fyza sorang kot. haha. malu gila. Pastu Pengetua datang dia tarik Fyza pegi dekat ketua PIBG kot.

Ketua PIBG : Oh.. yang ni la Hafizah ?
Me : Haah.
Ketua PIBG : Tahniah la
Me : hah 

Fyza pun pelik la . Terus pandang cikgu Muktasim
Cikgu Muktasim : Hang target berapa A ?
Me : 4/5 macam tu ja. 
Cikgu Muktasim : Oh ! bagus la

Tetiba cikgu Zanna datang dari belakang...
"Kamu dapat 7A "
Me : hah ! Biar betik betul

Semua cikgu : Alaaaaa....
Cikgu Muktasim : Pi bocor rahsia buat apa ?

Fyza jadi macam mana tah. Pastu Cikgu zanna melarikan diri pegi cari Jannah. Kawan Fyza yg dapat 7A jugak. Then masuk balik dengan Jannah. Cikgu Zannah pegang kiterang. Then cakap " Cikgu-cikgu semua. Ni lah Best Student tahun ni. Hah ! ni la muka-muka depa "
 Pastu pengetua panggil nak bagi result. Fyza tengok skali imbas ja. Lepas salam. Tangkap gambar.. peluk pengetua semua... Fyza pegi belakang sikit. Perhati betul-betul result. Tengok A A A- A- A A C A. Tudiaaaaa. Menangis... tak percaya... taktaulah rasa macam mana. Very unexpected result. Target 4/5 A ja. Sekali dapat 7A. Syukur Alhamdulillah.

Benda paling sedih yang Fyza rasa... Cikgu Addmath Fyza yang paling excited dengan result fyza. Peluk Fyza kuat gila. Cakap tahniah tahniah. Padahal Addmath Fyza C kot. Fyza cakap la " Cikgu saya mintak maaf tau...add math saya tak dapat A ". Cikgu rilek ja cakap. " Takpa. Cikgu dah cukup bangga dengan kamu " Ya ALLAH. Nangis lagi. 

Then terus pegi dekat kekawan. Nangis lagi. Sebab rasa macam tak percaya. Tak percaya sangat. Ye lah. Fyza ni bertahun dah tak pandai. Result selalunya menghampakan. Tapi kali ni dapat 7A. Sapa yang nak percaya. Then semua kengkawan tengah berebut pegi dekat cikgu. Fyza melarikan diri pegi belakang makmal nak call mama abah. Hee :)

**************************The End**************************

* Fyza nak cakap terima kasih banyak-banyak dekat semua cikgu yang pernah mengajar Fyza. Ye lah . Kalau cikgu tak curahkan ilmu. Takkan la Fyza nak dapat result se'cun' tu kot. 

* Thanks dekat mama abah abang adik sebab doa jugak dekat Fyza.

* Thanks dekat kawan-kawan yang selama ni ada bagi tunjuk ajar dekat Fyza. Thanks sangat weh. Korang pun tahniah jugak. 

Upcoming Entry : The Struggles

No comments:

Post a Comment