Wednesday, 4 January 2012

Aliran?




Hello mello ! Haha.. Dah berapa hari tak update blog., Tak da story la. Okay, now dah ada story. Hmm. Today, semua orang yang masih bergelar pelajar akan mula ke sekolah. Sama macam Fyza. Umur Fyza baru 16 tahun. warrrrrgggh! tuanya. haha. Terasa macam cepat ja masa berlalu.

Hmm.. Start from now Fyza kena fikir pasal masa depan Fyza. Fyza kena tetapkan cita-cita Fyza. Dah tak boleh tukar-tukar lagi dah. Okay-okay. Actually Fyza dah pening dengan aliran-aliran untuk form 4 ni. Pening sangat. Fyza ingat nak masuk kelas sains. Tapi, Fyza tak boleh nak go on dengan Biology. And seriously Fyza sendiri pun tak tau apa sebenarnya cita-cita Fyza. Nampak sangat macam tak tetap pendirian kan? 

Fyza ada tanya abang Fyza, okay tak belajar sains? Dia cakap susah gila. Fyza sendiri pun tak yakin kalau Fyza boleh pergi jauh kalau masuk kelas sains. Tengoklah result PMR Fyza macam mana. 

Tadi dekat sekolah ada la taklimat pasai aliran-aliran ni semua. Cikgu Juzanna cakap Biology memang agak sukar. Kalau setakat sains tu pun tak boleh skor, inikan pulak biology yang lagi banyak experiment-experiment ni semua. 

Penat menulis, Fyza sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya cita-cita Fyza? Masa Fyza sekolah rendah sampai lah form 3, Fyza memang minat sangat nak jadi arkitek. Tapi....senang ke nak jadi arkitek? Hmm.. Kalau Fyza tersilap ikut aliran macam mana? Apa jadi dengan masa depan Fyza? OMG ! Kenapa la semakin dewasa seseorang itu semakin sukar untuk menjalani hidup ni semua. 

Fyza ingat Fyza cuma nak ikut ja kemana cikgu nak tempatkan Fyza. I mean macam...nak biarkan cikgu ja yang tentukan aliran Fyza. Sebab, kalau ikut Fyza...Fyza dah pening sangat. Maybe cikgu akan bagi yang terbaik sebab cikgu sendiri dah tahu apa cita-cita kami sebab kami ada tulis dekat Fail personalia.

Bye !

No comments:

Post a Comment