Assalamualaikum ♥.
Wajib ! Yesss ! Wajib khatam@baca samapi habis buku nih. Woahhh ! Awesome gila buku ni. I loike ♥. Actually hari tu, Fyza dengan rasa terharunya telah menziarahi Hasani Books Store. Woahh ! Banyak gila buku. #dah nama pun book store tak kan nak penoh dengan tutti frutti pulok kan. Sebenarnya, saya ni pencinta buku. I mean bukan buku teks sekolah. Tetapi buku-buku yang tiada lansung sama sekali kena mengena dengan pelajaran @ subjek-subjek yang Fyza ambil dekat sekolah. Fyza lebih menyukai novel-novel, magazine, dll. Nanti Fyza janji akan buat satu entri pasal novel. Time to kalau nak pinjam, just call me at 0101010101. #konfem dapat punya.
Okay-stop mukadimah ni semua. Semakin panjang sesuatu entri itu makin bosan la para pembaca. Haha. #fakta.
BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini. |
Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid. |
Siapa yang perlu memiliki buku ini ?
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda. |
Firma Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud; |
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahao orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” |
Bye !
No comments:
Post a Comment