Friday, 4 May 2012

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ #Korang isilah tajuk sendiri.

Assalamualaikkum,
saudara-saudari cikebom-cikebom,

Haha. Ayat Johan tak boleh belah. Apakah cikebom-cikebom tu. Whatever ! #Kalau tak tahu asal kau guna? 
Ahh ! Untuk kali ni, sungguh Fyza malas gila babuns nak membuat mukadimah yang panjang berjela-jela sampai ke jalan mati ! #apakah? Haha. Ayat adik Fyza. Rupanya Fyza tak mudah menghidap amnesia macam dalam cerita hendon tu. Adik Fyza pernah cakap "Kak, adik harap, oneday rambut adik akan panjang sampai ke jalan mati".#lebih kurang lah. *ada tokok tambah. 

Fyza tipu, cakap tak nak buat mukadimah. Okay-stop. Tujuan Fyza menghapdet adalah untuk melarikan mata daripada tengok versus. Ergh ! Sebenarnya Fyza tak faham lah versus tu competition dia macam mana. Ada battle lah, apa lah. Dengan ini Fyza dan mata Fyyza telah sebulat suara untuk tidak menonton rancangan tersebut. Alhamdulillah. Kitaorang seia sekata #hamboi macam SchAwal. 

Cakap pasal SchAwal, Fyza tunggu punya tunggu tak keluar-keluar jugak muka scha dengan awal dekat astro RIA. Ni mesti kes tak siap main mekap-mekap la ni. Haih ! Kalau macam tu nanti Fyza kawen tak nak mekaplah. Nanti lambat. #Haha, apa kau merepek ni syaitonnnn? *kasar gila. Maaf !

Setelah berbulan-bulan Fyza tidak mengerakkan tulang temulang untuk menjalankan aktiviti yang digemari oleh para bayi iaitu berjogging #baby jogging, mesti comel jalan godek-godek macam safwan the gojes. Tadi Fyza dan kaum kerabat yang lain telah pun membuat lawatan ke Taman Metropolitan. Tempat beriadah yang paling best yang pernah Fyza pergi. Penat main kejar mengejar dengan anak Pak Mat Tempe sebelah rumah. Lari gila punya laju, macam michael syumarker bawak lori tayar nambelas. 

Yang  sebenarnnya Fyza bukannya jogging sangat pun. Semangat untuk jogging hanyalah patploh saat. Lepas penat kejar anak Pak Mat Tempe tu, terus semangat untuk berjogging hilang bila penat mengada-ngada nak buat rombongan dalam diri ini. Habis semput Fyza dibuatnya bila si penat ni bawak satu kampung . Tersekat habis salur pernafasan Fyza gara-gara sesak dengan rombongan si penat.

Lepas penat bermainn di playground ala-ala istana di metropolitan, kitaorang terus bergegas ke pasar malam matang #dekat rumah fyza. Dengan  harapan dapat melarikan diri daripada mat bangla yang gilakan anak Pak Mat Tempe tu. Oleh disebabkan kalut yang teramat, entah kenapa ? Fyza pun tak tahu. #Bukannya  ada salji nak turun pun. Dengan tidak semena-duamena-tigamena, Fyza terlanggar tiang payung dekat pasar malam tu. Bergegar habis kedai pak cik man laksa tu. Sampai pakcik depan Fyza puun terkejut dan sempat lagi undur kebelakang sebab takut Kuah laksa tumbang ke muka pakcik yang bajet ala-ala Aaron Aziz tu. Erggh ! Dengan tak semena-mena adik Fyza yang Fyza marah. Ye lah, nak cover malu punya pasal. 

Yang peliknya,

Tiada satupun perasaan malu yang berani bertandang di dalam diri Fyza di kala itu. Mungkin masih sesak dengan rombongan si penat. Aneh-aneh manusia ni. Haish !

Hanya ini sajalah santapan untuk hari ini. Sudah-sudahlah Fyza mengaibbkan diri sendiri. 

Bye !

No comments:

Post a Comment