Assalamualaikum,
Memandangkan internet buat-buat bangang serta selow tak bertempat. Maka saya memilih untuk menghapdet entry yang sepatutnya terakhir yang akan menceritakan tentang Postponed Holiday. Entry ni tak pakai banyak gambar. Jadi cepatlah ia sampai ke penghujungnya. Mampus nanti kena maki dengan abang Fyza kerana gedik membedal kuota berukband beliau.
Masa hari kedua kitaorang menetap di langkawi. Teringat akan daku pada majalah kecintaan. Iaitu Klik. Juga majalah kegemaran kepada peminat korean pop-pops.
So, masa tengah merayau di sekitar kedai Haji Ismail Group. Tetiba Fyza ternampak
Ambil masa almost 1 minute untuk upload cover ni sajaaa. Lol.
lalu Fyza pun buat muka macam ni

"Ouhh. Mama tu bukankah Klik. Siap ada Katyperry kan mama."
Mama I dah jalan laju-laju. Ye lah. Ibu mana yang gemar tengok anaknya baca majalah yang berkenaan dengan dunia retis. Hiburan semata-mata. Takda paedahnya. Mama Fyza nampak buku tu macam
*Kosong-kosong (ala-ala najwa latip sikit)
Tiada pengisian yang patut buat anak-anaknya yang sedang meningkat remaja. Tapi, memandangkan si anak-anaknya dah tension asyik mengadap textbook serta Facebook. kadang-kadang perlukan sedikit hiburan tentang artis dalam dan luar negara. ( Dah macam buat karangan cikgu Hajar)
Disebabkan Fyza jalan dengan mama serta meninggalkan Opah (abang), adik dan my dad di belakang. Maka, takkan lah Fyza nak bertapa di depan kedai buku tu sampai merengek macam kanak-kanak ribena yang perlukan seketul mainan untuk dimusnahkan dengan tuntasnya. Dah tentu tidak.
Fyza call lah adik di belakang. Dengan harapan yang tinggi menggunung agar dia membeli majalah kecintaan itu.
Masuk ja dalam kereta. Fyza nampak abang Fyza tengah baca majalah tu. Memandangkan abang Fyza duduk di depan. Fyza pulak duduk di bahagian belakang. Fyza ushar la sikit-sikit majalah tu dari belakang. Niat di hati nak teguk ayaq mineral. Tapi, Fyza ternampakkkkkkk
"Stylo tak gua"
Ehhhh. Silap upload. Fyza ternampakkkkk
* Jung Yong Hwaaaaa* Mood jerit.
Nah! Ternganga terus. Dan Fyza terus jadi Maya Karin dalam cerita Puntianak Harum Sundal Malam
" Opah, Pulangkannnnnnnn"
" Pulangkan balik buku Klik gue"
Terus-terusan Fyza menghantui Opah. Sampai dia fed-up. Dan terus bagi buku itu. Hoho. ( Lagak orang kejam)
Cari-cari. Oh ! Dah jumpa. Feeling kejap. Lepas tu belek muka surat lain pulak. Bukak bahagian tengah ( ada poster). Arghhh ! Ada Poster CNBLUE. Baik bonar nasib eden.
Terus snap.
YongHwa
The big poster CNBLUE
MinHyuk
Trololololololololo. Macam gila punya Fyza tatang this buku klik bagai binatang yang penuh di zoo negara.
Terkonyok sikit pun Fyza rasa macam nak beli baru ( propa ja lebih ) LOL.
Kepada peminat CNBLUE. Don't miss this. RUGI GILE DER.
Bye !
No comments:
Post a Comment