Thursday 23 August 2012

Kisah benar ?

Assalamualaikum,


Selamat hari raya ! Mood raya tengah ada lagi right. Chillax. Baru raya ke berapa ? Takkan mood raya dah hilang ? Tak mungkin kan ? 

Apasal huruf 'k' tak boleh tekan ni . Testing sat noh kkkkkkklkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

okay ! cantikkkkk ? 

Biol sat, tadi  nak bukak selendang, entah macam mana ka jarum tu boleh tercucuk kepala eden. Jangan-jangan kena otak kot. Ha'ha tak tau. Kena otak tak tau .  *pang* 

Jyeah ! I'M BACK .

Udah lettew bewgongnyew punws. Tujuwan nux hapdatew niew sebab nux citew pasal kiwsah bewnar kew tiwdak eden puwns tak taw lew. Tapiew intewesting lew bagiew eden. 

Boleh baca ? Till now pun ada lagi orang tulis macam ni . Ni bedahhhhh kau tak payah la nak rewmpitsz sangat. 

Meh eden translate bagi kome ye.

sudah la tu bengongnya. Tujuan update ni sebab nak cerita pasal kisah benar ke tida eden pun tak tahu la. Tapi interesting sangat. Mungkin pembaca setia *oh makk jemah* tahu la kenapa cerita ni sangat menarik perhatianku

Jum kopipaste

Namaku amirah ( bukan nama sebenar). Kini aku baru sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah . Sekolah yang akan mengajarku erti keremajaan. Sekolah yang mungkin akan mengajarkanku tentang apa itu cinta monyet. Ramai rakanku sudah mula menceburi bidang yang belum sesuai dengan usia mereka iaitu bercinta. Pada mulanya, gadis mentah seperti aku berpegang pada prinsip ' tiada cinta pada zaman persekolahan' . Namun apabila sudah bergaul dengan rakan yang sangat berpengaruh. Hati mula mahu merasa tentang indahnya bercinta atau frasa yang lebih sesuai ialah cinta monyet. Memiliki rupa yang agak menarik, membuatkanku merasa kalau diri ini sangat layak jika berdampingan dengan seseorang yang bergelar lelaki. Dalam masa yang sama, ramai juga lelaki yang mahu berdampingan dengan aku. Namun, semuanya aku tolak !

Entah kenapa aku hanya merasakan hanya ada seorang lelaki yang betul-betul layak bergandingan dengan ku. Malangnya, lelaki itu lansung tidak mahu memandangku. Entah kenapa ? Pelbagai persoalan timbul difikiranku. Mungkinkah aku tidak layak dengannya atau...aku bukanlah gadis impiannya. 

Facebook merupakan satu-satunya peluang aku untuk menarik perhatiannya. Aku mula berchatting dengannya di masa usiaku 16 tahun. Ya ! 16 tahun. Sedangkan sejak dari tingkatan satu lagi aku menyukainya. Hampir 4 tahun perasaan itu aku simpan jauh-jauh di dalam hati. Tetapi, apabila aku makin matang dengan keadaan, aku memulakan langkah pertama. Biarlah aku digelar "perigi mencari timba "

Chatting pertama diantara kami tidaklah begitu menarik. Dia hanya reply seperti tidak mahu sahaja. Hanya aku yang mengajukan soalan. Dia ? Sungguh dia tidak berminat mahu mengenali aku . Tahukah anda bahawa saya seorang yang pemalu. Apabila diri ini malu chatnya tidak mendapat sambutan, diri ini mula menaikkan bendera putus asa, Ingin dipacakkan tinggi-tinggi. Biar diri ini tidak lagi mengejar . Biar diri ini tidak malu lagi. 
Apabila aku berada di tingkatan lima, dia sudah habis sekolah. Ya ! Dia tua setahun dari aku . Segalanya berlalu seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Aku juga hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran kerana ingin merealisasikan impian untuk ke menara gading selepas tamat spm. 

Alhamdulillah, keputusan spm ku sangat tidak menghampakan. Aku bersyukur ke hadrat ilahi . Hingga aku diterima belajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terkemuka .
Sungguh aku tidak menyangka , dalam masa setahun, aku berjaya melupakan semua tentang dirinya. Jika mahu dibayangkan mukanya juga aku sudah lupa. Sungguh! Aku lupa. 

Hari pertama aku di Universiti .Sungguh mengujakan . Rasa sangat teruja sehingga aku berjaya menumpahkan secawan kopi  ke baju seniorkku . Lelaki pula . Malu ! Habis sekotak tisu aku gunakan untuk membersihkan bajunya. Tapi, tiada perubahan . 
Setelah peristiwa itulah, kami mula akrab . Akrab sehingga kami menjadi sepasang kekasih  . Setiap hari kami berjumpa, bersms, berchatting , bergayut di telefon sejam sehari . Baru kini aku merasakan indahnya bercinta . Ya ! Memang indah .

Sehingga pada suatu hari, ketika dia sedang sibuk bermain futsal, segala gajet peribadinya seperti handphone dan ipad diberikan kepadaku. katanya dia mahu aku menjaganya, takut kalau-kalau hilang dicuri orang . 

Sepanjang aku menjadi kekasihnya, baru kali ini aku diberi peluang untuk memegang gajet peribadinya. Memandangkan aku tidak pernah menggunakan ipad. Maka, aku meminta izinnya untuk menggunakan ipadnya. Segalanya apps aku bukak . Sehinggalah aku terbuka gallery camera . 

Terkejut dan sangat terkejut apabila aku melihat gambar dia di zaman sekolah  . Malah, semua lelaki yang bergambar dengannya aku kenal . Tetapi dia ? Sungguh aku tidak kenal . Setelah dia selesai berfutsal, aku menanyakan tentang segala persoalan yang bermain difikiranku.  Tentang siapakah dirinya ? Kenapa dia bergambar denganb senior sekolahku dahulu ?
Segalanya terungkai apabila dia menceritakan bahawa dia bersekolah di sekolah yang sama denganku.

Rupa-rupanya, lelaki yang selama ini berpasangan denganku merupakan lelaki yang aku sukai sejak dibangku sekolah menegah lagi . Memang benar , aku benar-benar sudah melupakan lelaki itu sehingga aku tidak mengenal pasti mukanya. Sehingga aku tidak ingat walaupun gaya rambut mahupun penampilannya. Sedangkan ia tidak pernah berubah. 

Hampir sebulan aku seperti orang yang kebingunggan. Seperti tidak dapat menerima kenyataan yang memang aku inginkan dari sekolah menegah lagi. Hampir sebulan juga dia seperti orang yang kebingungan. Melihat akan gelagat ku yang seperti  orang hilang arah tuju hidup .Hampir sebulan juga kami tidak berjumpa, bersms, berchatting, bergayut di telefon. Kami tidak putus. Malah, selepas itu, dia menghantar rombongan meminang. Untuk menghilangkan segala kebingungan . Aku menerima pinangan tersebut biarpun aku sendiri tidak pasti .
Dan kami pun melangakah ke alam perkahwinan . 

-THE END- 
Moral of the story : Kalau dah jodoh tak kemana .

Amacam ! Interesting gila right. Tadi terbaca kat apakanamanyabelogitu terus saya buat kopi dan tumpahkan disini . Kenapa kisah dia nak iras kisah eden. Tapi ada banyak sangat perbezaan . Saya tak lawa tapi dia lawa. Saya minat dekat lelaki dua tahun lebih tua tapi dia setahun ja. Saya mula berani masa form 3 , dia form 4. Macam-macam.

haha. udah lettew .

Daaa !

No comments:

Post a Comment