Wednesday 19 December 2012

Takut Part 2

Assalamualaikum.

Ha'aah. Tak mungkin entry ini berepisode. Yess my dear reader. Entry ni ada dua episode ja. Tak macam sinetron indon....beratus-ratus episode. Naik lemas dah tengok. Bahaha. 

Kali ni pulak bukan nak sambung pasal apa yang saya kupas tempoh hari. Bukan berkenaan takut hiihihihihi lagi. Tapi ini adalah takut pada manusia yang ada dipersekitaran kita, terutama sekali lelaki. Atau lebih sesuai dipanggil paranoid. Paham. 

Seperti yang pernah aku bagitau. Mempunyai sifat yang paranoid adalah sangat penting bagi kaum hawa. Malah, mungkin wajib. 

As a girl/women/ tambah-tambah anak dara. Fuhhhh. Silalah bersalah sangka terhadap semua orang. Tak kira anda mahu bersalah sangka pada lelaki atau perempuan kecuali keluarga anda. Kalau anda orang yang baik. Tak mungkin anda datang dari keluarga yang jahat. Tapi, kadang-kadang possible jugak. Kerana dalam setandan pisang bukan semuanya baik. kan dah feeling cita P. Ramlee. 

As you know pada zaman yang serba moden ni. Makin banyak manusia yang bertopengkan syaitan. Muka baik tapi hati ? Wallahualam. Tak baik tau Fiza ni. Bukan. Maksud aku, bukannya semua jahat. Tapi, media massa membuktikan segalanya. 

Aku sangat paranoid. Suka bersalah sangka dengan semua orang. Kalau aku balik sekolah, ada pakcik-pakcik tengah lepak-lepak dekat guard punya tempat tu, apa pun tak tau lah namanya. Aku rasa macam tak mau ja lalu depan tu walhal aku memang kena lalu melepasi dierang barulah boleh naik tangga. 

Kalau aku turun dari bas sekolah. Then, aku nampak macam Van ka, Lori ka yang nak lalu. Aku mesti stop dekat bawah dulu. Bila Van/ Lori tu dah lalu baru aku naik. 

Kalau aku kena tinggal sorang-sorang. eg : Aku terlepas bas sekolah. Lepas tu malas nak balik dengan bas Rapid. Lepas tu kawan aku semua dah balik. Tinggal aku sorang-sorang. Mulalah aku pikir macam-macam. Haishhhh.

Ada lagi. Haritu, kiterang sibuk sangat nak beraya rumah kawan-kawan. Then, lagi setengah jam aku nak balik aku dah call bapak aku siap-siap suruh mai ambik. Semua rumah kawan aku ni jauh sangat dari rumah aku. Sekurang-kurangnya aku tak payah tunggu nanti bila kengkawang aku dah decide nak balik. Lepas tu, kawan-kawan dah mulalah merengek nak balik. Hahaha. Kau ingat kawan-kawan aku budak tadika ? Bahaha. Yelah, masa tu dah petang sangat. Takut mak marah lah. apa lah. So, kiterang pun bergerak lah ke Bus Stop untuk tunggun mak/bapak masing-masing. Aku pun dah gabralah. Takkanlah aku call dah dekat setengah jam tak sampai-sampai lagi. Bila aku call, bapak aku cakap baru dok siap. Pergghhh. Gabra wey gabra. Kawan-kawan aku tinggal lebih kurang 5 orang ja. Lagipun dierang balik sekali. Lepas beberapa minit, dierang pun balik. Tinggallah aku sorang. Aku pun terus-terusan call bapak aku suruh cepat. Ye lah..Kawasan tu macam kawasan hutan. Macam sunyi pulak. Tetibaa.............

Ada satu kereta merah berhenti. Keadaan kereta tu semak sangat. Ada dua orang lelaki ja dalam tu. Macam gangster. Then, dierang keluar. Aku dah mula ketaq lutut. Dalam kepala otak aku duk ingat depa nak culik aku. Aku rasa macam nak menangis, nak lari. Masa duk ketaq lutut tu lah aku berdoa gila-gila punya. Tetiba bapak aku pun sampai. Alhamdulillah. .....Aku cepat-cepat masuk dalam kereta. bila dah selamat. Dah kunci pintu bagai. Aku usya balik pakcik tu. Rupanya-rupanya dierang nak pakai public phone jew. Bahahaha. 

It's okay what ? Aku fikir kedepan. Macam-macam aku fikir. Time tu pun tangan aku dok standbye nak tekan speed dial nomber bapak aku. Aku rasa macam nak bukak langkah besar-besar kalau aku lari nanti. See. Dalam ketakutan pun aku boleh buat persediaan. Cuba kalau aku tak paranoid. Aku buat tak tau je . Sapa ja lalu aku pandang baik ja. Muka gangsta pun aku pandang baik. Perghhh. Mamposss.


Dan... aku ada baca pasal benda-benda macam ni and the ways to avoid kita ( anak dara ni ) daripada menjadi mangsa-mangsa yang tak sepatutnya from blogger famous Hanis Zalikha. Tips yang sangat berguna. Yess Hanis, Be Afraid. Be Very Afraid. 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment