Saturday 29 December 2012

Azam tahun baru.

Assalamualaikum,

Kali ni aku tak mau type banyak-banyak. Sebab bila kau baca balik yang lepas-lepas. Banyak gila typo. Malu-malu. Nak edit balik, malas lah. 

So, we are about to reach the end of 2012. Marilah kita berjemaah menghapdet entry berkenaan azam tahun baru. 

Walhal, entry ni korang boleh ja type malam new year kan. Aku ? 31 Disember ni, lappy aku masuk penjara. *Lappy ka aku yang masuk penjara. Bhahaha. 

Azam tahun baru aku macam-macam. Even azam tahun ni tak settle lagi. Tapi aku tetap ada azam baru. 

1. Nak fokus dekat SPM. 
-Dari hari tu lagi aku duk update pasal SPM. deiii. Lambat lagilah. For SPM aku target 6A jew. ceh. Bajet ayat rempit. Muahaha. Yelah. Otak macam aku ni memang tak lah nak dapat straight A ye dok. PMR pun hampeh. Ni SPM kot. Aku target subjek asas mesti kena A semua macam BM, BI, Agama, Sains, Sejarah. Manakala subjek pilihan aku target Akaun je. Math dengan Add Math. Memang tak lah kan. Tapi apa salahnya aku cuba. Ye dak.

2. Kurus
-Mohon dimengerti. Aku tak dak lah gemok sangat. Tapi, aku nak berat badan aku kekal sampai bila-bila. I mean macam Maintain. Semenjak cuti sekolah ni. Aku jadi macam raksaksa. Makan tak berhenti. Setiap jam aku mengadu lapar. Entah apa-apa je lah fizah ni. So, aku target from now on sampai aku tua kerepot berat badan aku patploh ja. Tak lebih, kalau kurang. Lagi le eden sukew.  Btw, aku baru tau kalau kuat makan tu boleh melembapkan otak. Memang kena sangatlah dengan aku. haha

3. Jadi anti social
- Aku tak mau dah bertwitter, berfacebook, berblogging dan sewaktu dengannya. Kepada orang yang baru nak follow aku di twitter. Tunggu tahun depan baru aku follow back. Asal aku tak deactivate je ketiga-tiga akaun tersebut ? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahha. Insyaallah, akan dipikir-pikirkan. Tapi, blog aku takkan removed or bla bla bla. Dah edit lawa-lawa tapi nak simpan buat pekasam/nak removed buat apa ?

4. Lebih dekatkan diri dengan Allah.
- Ek eleh, bila nak exam baru kelam kabut nak sembahyang lah, nak berdoa lah. haha. Aku ingat lagi, pernah dulu. Masa tu aku darjah nam. UPSR tinggal lagi seminggu je. Aku cakap kat adik aku ," Dik, jum sembahyang dik, akak kena berdoa banyak-banyak. UPSR dah dekat." Haha. Dalam hati adik aku mesti dia kata " apa bengapnya akak aku ni ". Haha. Jahil gila kan aku. Jahil sangat-sangat. So, kalau korang darjah enam, or umur korang berapa je lah. Jangan ikut perangai aku yang hagak bodoh ni. 

Back to azam aku. Entah melalut sampai mana dah ni ? kokdiang ? Muar ? Johor ? Dah, dah.
Inilah yang dinamakan azam. Berazam untuk memperolehi sesuatu / berazam untuk membentuk diri menjadi lebih baik dan berdisiplin. Cikgu kaunseling rupannya bakat  yang aku ada. bahaha. Jadilah itulah Azam aku. 

5. Lebih berdisiplin. 
-Tak kiralah kat rumah/ disekolah. Misalnya kat sekolah, kalau dulu *tak dulu sangat lah kan* aku selalu kena marah dengan pengawas, cikgu sebab aku mengikut trend yang yakni sangat kuno dan trend yang sedang melangkah ke alam purba. Yeah ! Back to Purba. Tadi aku terbaca dekat twitter, bahawa orang zaman purba memakai pakaian yang singkat-singkat belaka, dan orang zaman sekarang pun mengamalkan trend singkat-singkat juga. Yakni pelajar sekolah mengamalkan stoking singkat. Macam stoking bebudak tadika. Aku juga mengamalkannya. Sungguh jahil aku rupanya. Seronok dengan trend purba. Walhal hidup di zaman yang serba moden malah maju. Dengan gaya yang urban. *Mata keatas, tangan dibahu*

For next year, aku dah beli stoking yang hamat panjang. Baru lah nampak disiplin sikit budah fizah ni. Ye dak. 

Hoyeah, panjang juga aku merepek hari ni. Dah-dah. Semakin banyak aku type, semakin banyak lah typonya. Oleh itu aku nak stop. Kalau ada azam lagi, aku update sebelum 31 ni le. 

Sekian. Assalamualaikum. 

Marilah kita chill,

*coming soon*





No comments:

Post a Comment